Monday, January 25, 2010

Makyung Anak Raja Dua Serupa


Mengisahkan perpisahan dua orang beradik kembar iaitu Iras Kesuma dan Alam Kesuma yang berpisah semasa kecil. Iras Kesuma telah berpisah dengan adiknya akibat diculik oleh Raja Lanun. Apabila telah dewasa, Iras Kesuma telah meminta izin dengan ayahandanya untuk pergi mengembara sambil menambah pengalaman melihat dunia luar bersama rakyat jelata. Iras Kesuma yang telah berkahwin dengan Puteri Mayang Sari terpaksa meninggal isteri tercinta demi memenuhi hasrat dan impiannya.

Pada masa yang sama juga, Alam Kesuma telah meminta izin Raja Lanun untuk mencari ayah kandungnya sebelum dia dikahwin dengan Puteri Hitam Sebelah, anak kepada Raja Lanun. Beliau berjanji akan kembali semula kepada Raja Lanun setelah berjumpa dengan ayah kandungnya.

Semasa dalam perlayaran, Iras Kesuma dan anak-anak kapal singgah dan berlabuh di sebuah pantai yang dikuasai oleh Raja Lanun. Apabila Raja Lanun dimaklumkan terdapat sebuah kapal perlayaran berlabuh di kawasan perairannya maka beliau begitu marah lalu mengarahkan pengikut-pengikutnya menyerang kapal tersebut. Namun setelah melihat Iras Kesuma, Raja Lanun telah menyangkakan Iras Kesuma adalah Alam Kesuma dan menuduh Alam Kesuma telah belot kepadanya lalu ditawan Iras Kesuma dan anak-anak kapal yang lain. Maka bermula rintangan dan cabaran Iras Kesuma dan Alam Kesuma dalam riwayat kisah cerita Makyung.

My seat was on row 3 so it was very high up and far. The view was okay, i just couldn't see their facial expressions. I guess that's when i apply "you get what you give". My ticket costs only RM11.50. ;) Overall it was a great experience. Next stop, English Musical !

LOL,
Inez :)

No comments:

Post a Comment